Friday, June 30, 2017

IBU PUAS HATI TENGOK PERUBAHAN ANAK LEPAS KONSISTEN AMAL OMEGA 3

by , in
Sebenarnya awal2 dulu Ina (bekas rakan sekerja saya) cari vitamin untuk masalah kalenjar kat leher anak dia. Dah macam2 klinik dia pi. Doktor cakap tak bahaya sebab anak dia tak sakit pun. Tapi mak kan tak sampai hati nak biaq camtu ja. Bila tanya saya saya cadangkan Omega Guard. Sebab Omega guard ni sangat sesuai untuk kanak-kanak, boleh bantu kurangkan, batuk, selsema, demam dan boleh tingkatkan daya tahan badan anak kita bila ada virus nak attack.



Lagipun tugas vitamin ni yang macam semua orang tau bukan menyembuhkan tapi meningkatkan kesihatan badan kita. Bila kesihatan kita makin baik In Sha Allah badan kuat lawan apajua virus yang cuba nak serang sistem pertahanan badan kita. ting tong ting tong akhirnya Ina jadi beli Omega Guard untuk anak dia. Dia start bagi anak makan Omega Guard 7 April 2017 dengan penuh harapan anak makin sihat dan kalenjar makin berkurang.

Selsema dan batuk makin ok. Selera makan makin bertambah.


Macam biasa perangai saya ialah akan follow up dalam masa seminggu selepas cod atau pos. Bukan apa kadang-kadang kastemer ada mengalami body adjustment (Badan sedang adjust untuk menerima benda baru). Kang kalau tak amik tau naya ooo. Silap-silap boleh stop makan vitamin camtu ja. Alhamdulillah Ina bagitau selsema dan batuk anak dia dah makin ok. Selera makan pun dah makin ok. Syukur sangat-sangat.Anak Makin Berselera Makan. Ina ada la cerita dulu anak dia tak berapa nak selera makan. Tak paksa tak makan. Tapi sejak makan Omega Guard selera makan anak dia dah naik. Alhamdulillah. Mana tak suka kan.. Makin seronok la masak bila anak selera makan kan hihihi...

Dulu ambil masa Seminggu untuk lega demam. Sekarang demam sehari ja dah kebah


Ina bagitau lagi sejak makan Omega Guard anak dia dah tak demam lama-lama macam dulu lagi. Sekarang demam sehari ja dah baik. Yang lagi seronok anak dia dah kurang jatuh sakit macam dulu. Kalau tak dalam sebulan tu mesti demam at least sekali. Dulu kalau demam siap merah kat kerongkong. Sampaikan doktor terpaksa bagi antibiotik. Skang dah takde dah merah-merah kat kerongkong bila demam. Doktor cakap tak perlu dah makan antibiotik.

Anak Lebih Fokus Belajar dan cepat pickup


Ina cerita lagi sekarang ni anak dia lebih fokus bila belajar. Ajar pun cepat ja pick up. Tiap-tiap malam dia akan keluarkan sebuah buku dan baca sampai abis. Mak mana tak hepi kan tengok perkembangan anak macam tu. Waktu Ina bercerita #shakleeffect anak dia bercahaya air muka dia tau. Nampak sangat dia puas hati dan tak kisah nak berabih demi untuk anak. Dan Ina ni bagi saya memang ibu yang bijak. Dia langsung tak bagi anak makan junk food, minuman manis berlebihan atau gula-gula. Suplemen pun dia tak sebarangan bagi kat anak. Setakat ni Omega Guard ja yang dia yakin untuk bagi pada anak dia. 

Kalenjar Di Leher Makin Mengecil Dan Lembut

Kalenjar kat leher anak Ina pun dah makin mengecil dan lembut bila dipegang. Kalau tak keras dan agak besar. Agak ambil masa la kalau nak betul-betul hilang kalenjar tu. Kalenjar tu nampak makin mengecil lepas Ina bagi anak amik 2 biji Omega Guard tiap hari.

Suami lenguh badan. Makan Omega Guard terus hilang lenguh-lenguh.


Jangan taktau suami Ina pun dah jatuh cinta dengan Omega Guard. Pernah suami Ina lenguh badan, di telannya Omega Guard. Esoknya hilang terus lenguh-lenguh badan. Lagi la Ina jatuh cinta dengan Omega Guard.




Kalau korang nak tau tentang Omega Guard boleh klik kat sini Kenapa Semua Orang Perlukan Omega Guard?


Macam mana seronok tak baca betapa gembiranya Ina cerita #shakleeeffect anak dia? Saya tak reti nak cerita panjang-panjang. Apa yang saya nak sampaikan kat sini jangan abaikan pengambilan suplemen untuk anak-anak kita. Jika berminat untuk order boleh hubungi saya untuk urusan selanjutnya. 


Umi Kalsom Awang Hat
Call/pm/Whatsapp 017.4997159
Kawasan COD : Puchong, Putra Perdana, Putra Height, Shah Alam.

Thursday, June 29, 2017

KENAPA KENA PANTANG MAKAN PULUT LEPAS BERSALIN?

by , in
Semalam genap umur Alysha 7 bulan. Kebetulan biras buat pulut lemak. Punya la sedap. Kalau nak tau mak mertua, adik ipar memang teror buat pulut. Perfect. Saya dulu belajar masak pulut nak dekat setahun jugak la baru la pulutku nampak macam pulut sebenar 😂😂😂. Berpuluh kali kena komplen dgn encik somi uhuhu...

Gambar kredit👉  maisepinggan.blogspot.my/2012/12/pulut-lemak-durian-mangga.html?m=1


Al kisahnya saya ni mak mertua dah warning pulut ni boleh buat badan berangin dan sakit urat. Sebelum posa pernah try pulut panggang se mulut ja pun. Abis sengal satu badan uhuhu... Semalam try makan dengan konpiden takkan jadi apa2 la. Maklumlah anak dah 7 bulan kot.

Melantak pulut bukan sket. Abis sepinggan tau. Lepas makan sibuk mengemas baju sebab nak balik Puchong. Tengah mengemas tiba-tiba rasa menangkap mencucuk kat belakang sebelah kanan dekat dengan pinggang. Ya Allah sakit ya amat. Rasa nak menangis uhuhu... Sekali package dengan pening kepala dengan lenguh badan. Menyesal pun tak guna dah uhuhuhu....

Naik ja keta letak Alysha dalam car seat cepat2 cari ostematrix. Telan 4 biji pastu teguk vivix seteguk. Terus try lelap. Miracle sangat lepas setengah jam rasa sakit berkurang. Sakit kepala pun dah tak teruk macam tadi.

Memang lepas ni kena sambung pantang la makan pulut uhuhu.... Nasihat saya makanan berangin ni kalau nak makan amik sket ja buat rasa. Lepas tu alert dengan respons badan. Jangan buat macam saya. Melantak macam makan nasi hehehe....lesson learnt.
Wednesday, June 14, 2017

SEMBELIT SEMASA BERPUASA? INI PENYELESAIANNYA.

by , in

Sembelit Masa Puasa?

Saya tahu ramai yg sembelit time puasa.
Mungkin sebab kurang minum air. Pastu berbuka pula kurang makan buah dan minum pulak air manis.

Jangan dibiar masalah sembelit ni.
Nanti, tak pasal pasal boleh jadi buasir pulak.

Kalau dah berhari tak membuang boleh cuba Herblax Shaklee.

Bukan sebarang herba tau.

Ada 9 herba yang bukan setakat bantu clearkan perut, tapi bantu maintainkan kesihatan usus.

Meh saya cerita sikit, apa yang ada dalam Herblax ni dan fungsinya.



Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi, dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckthorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi.

Fennel Seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan, berkesan untuk masalah sembelit, dan kembung perut atau usus.

Anise Seeds - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

Rhubarb Root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Alfalfa Leaves - Membersihkan usus, darah, dan hati.


Nak tahu details dan baca testimoni pengguna sila  klik  Testimoni Pengguna Herblax

Atau boleh baca perkongsian kisah manis pengguna yang dah berjaya membuang secara normal setelah berbelas tahun payah nak membuang. Sila klik Masalah Susah Nak Membuang Hilang Setelah Cuba Herblax


Harga pun berpatutan.
Rm 57.50 sahaja. 120 biji tau.

Memang berbaloi.


Clear Kan perut tu....Baru best nak makan rendang raya nanti 😍😍

Umi Kalsom Awang Hat
Call/pm/Whatsapp 017.4997159
Kawasan COD : Puchong, Putra Perdana, Putra Height, Shah Alam.
Sunday, June 04, 2017

BUKTI VIVIX BUKAN PRODUK ASAL SIAP

by , in
Ya Allah...happy nya akak..happy sangat sangat..
.

Baru-baru ni..(ke sekarang ni ada lagi- akak malas dah nak tengok)..ade la page tu kan..tak puas hati sangatla dengan Shaklee. Awat menyampah sangat macam orang curi duit die nak beli Shaklee pulak tak tahu lah..
.

Selama ni dia duk memperjuangkan supaya scammer ni didedahkan. Pastu tibe2..kali ni die serang Shaklee. Yang peliknya, segala kajian Shaklee die takmo percaya. Dia g amek kajian ntah sapa2 nak lawan kajian Shaklee.
.

Tak stop dari situ, siap korek pulak sejarah syarikat. Kata pencipta pertama Vivix tu duk keluar dari Shaklee sebab kajian resveratrol tu tak betui la ape la..
.

Time tu memang menyirappp je akak baca. Tapi takpe takpe..Akak pun pergi la message Dr Bruce Daggy, dia tu Senior Vice President, untuk department R&D Produk-produk Shaklee. Kira ketua kepada saintis-saintis Shaklee la..
.

Kalau korang tengok sendiri biodata dia ni, dia bukan bermula kat Shaklee ok. Sebelum tu dia dah bekerja kat banyak syarikat farmaseutikal. Punya la hot saintis dia ni. 👉🏻👉🏻👉🏻 http://healthresource.shaklee.com/team/dr-bruce-daggy/ 
.

So berbalik kepada message tadi. Akak message terus. Bagi link semua orang2 kat page tu bagi. Tanya pasal Dr Sinclair. Tanya pasal clinical study Vivix.
.

Dalam hati. Ntah dia nak baca ke ntah. Aku ni bukan master pun. Lagipun dia orang besar kot..Takkan la die kejenye main facebook je. Konfem la busy kan.
.

Sekali pagi ni akak tengok messanger. Ada reply dari dia...waaaaah..terharunyaa..Paham tak perasaan tu. Perasaan ko bukan sapa-sapa tapi orang penting reply message ko..Memang happy sangat la..
.

Ok apa yang dia jawab?
.

Pasal Dr Sinclair ni, GlaxoSmithKline dah beli company dia masa ni. Tapi dia duk jadi jurucakap pasal Vivix.
.

Sebagai pensponsor harusla dia kene marah kan. Aku sponsor ko, ko cakap pasal produk orang lain. Macam kita keja 2 company sekali gus. Kan tak boleh camgitu.. So die quit la Shaklee.
.

Masa ni Dr Bruce pun masih dalam GlaxoSmithKline juga ye. Kalau korang tengok biodata die tu, ade die cakap die penah keje situ.
.

Pasal Vivix takde clinical study?
.

Uihh..belambak2.. ko tengok la sendiri kat sini..

http://healthresource.shaklee.com/shaklee-science/

baca la..kan membaca tu jambatan ilmu. jangan la baca facebook je.
.

dan jawapan Dr Bruce pasal klinikal study;
.

" Kita ada beberapa paten dan kedua-dua kajian makmal dan kajian klinikal untuk menyokong Vivix. Kita bakal mengeluarkan kajian TERBARU tak lama lagi.."

Yeayyyy....kajian terbaru..

So korang..jangan ragu-ragu dah nak cuba Shaklee oke.. Especially Vivix. Saintis dalam Shaklee ni bukan biasa-biasa. Dokter, PhD, penerima hadiah Nobel pun ada.
.

Apa yang kami duk share tu, semua ilmu dorang ajar. Bukan kami memandai2 keluarkan kajian sendiri. Kalau ada salah silap, tegur jela senyap-senyap..Wassap ke ape. Biasa la tu. Kalo belajar tersalah faham. Rilex sudeyy.


Kredit : Raihana Abdul Aziz

Untuk order Vivix boleh cuba 2 cara nih :

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

 Cara 2 – Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran ke rumah anda adalah percuma sekiranya anda berada di sekitar Puchong. Saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Putra Height, Saujana Puchong dan Saujana Putra. 

Umi Kalsom Awang Hat
Call/SMS/Whatsapp : +6017.4997159
Saturday, June 03, 2017

KULIT ROSAK AKIBAT SALAH PAKAI PRODUK BERTAMBAH BAIK SELEPAS AMAL VITAMIN C

by , in
Alkisahnya adik manis ni ada masalah kulit muka- kulit jenis berminyak dan sering ditumbuhi jerawat dan kadang2 jerawat bernanah juga.

Masalah makin teruk lepas beliau menggunakan make up pelbagai jenis sbb memenuhi satu tugasan yg diberikan pensyarah.

Selepas daripada tu, beliau mencuba bermacam2 produk utk menghilangkan jerawat di muka. Sehinggalah kakaknya menyarankan beliau menggunakan vit c Shaklee.



Amazingly! Selepas 3 mingggu konsisten, dgn mengambil 2bj pagi dan 2 bj malam, kulit wajah beliau dah mengalami perubahan ketara. Kawan2 dan pensyarah juga menegur perubahan yg beliau alami..

Beliau sendiri ingin kongsikan testimoni ini dgn semua..

Seronok rasa tengok perubahan pada adik manis ni.. kalau nak try Vitamin C yg 100% natural ni boleh hubungi saya 😉.

Umi Kalsom Awang Hat
Call/SMS/WHATSAPP : 017.4997159
Friday, June 02, 2017

SEBAB KENAPA DOKTOR ANTI SUPLEMEN

by , in
Kenapa Doktor Anti Suplemen? 👩💉



Suplemen atau makanan tambahan, adalah sesuatu yg masih kabur dan kurang diterima oleh orang2 kita.

Kenapa?

(1) Anggap suplemen sebagai pengganti

Bukannya sikit yg beranggapan "Aku tak makan makanan seimbang, so aku kena makan suplemen".

Suplemen bukan nak ganti makanan. Ingat angkasawan ke? Eh angkasawan pun makan okey. Diorang siap bercucuk tanam dalam kapal angkasa sana.

Suplemen, atau makanan tambahan ni, fungsi dia macam Matematik Tambahan (Add Math). Korang boleh ambik SPM tp taknak ambik subjek lain, nak amik Add Math je?

"Saya dah ambik Add Math, tak payah dah la ambik subjek lain"

Atau, Add Math je A+ tp yg lain semua F, ada hati nak apply masuk UTP? 😅

(2) Cari suplemen bila dah sakit

Suplemen bukan ubat. Memanglah ada orang guna alternatif as natural remedy (ala sama la macam minum air asam jawa bila batuk, etc). Tapi tu kalau sakit2 manja. Masalahnya bila dah sakit kronik baru nak makan suplemen.

Hat ni lah datang macam2 'pemakanan penyembuh penyakit blablabla' 'teh kencing manis' dan macam2 lagi.

Masalahnya bila ada yg tolak rawatan hospital sebab nak minum teh kencing manis,... tau2 makin teruk. Datang hospital, doktor pun takleh buat apa dah.

Bila doktor tanya "Kenapa pakcik tak datang hospital awal2?" jawapannya "Pakcik ikhtiar dgn teh kencing manis dulu..." Mau doktor tak naik angin?

Kalau dalam 10 orang pesakit, 6 yang macam tu, tak ke buat doktor2 terus pangkah je suplemen2 ni (benda2 yg dijual as mujarab utk macam2 penyakit tu categorized as suplemen if not on paper pun, bkn ubat berdaftar).

So ape nak buat?

1- Amalkan suplemen bukan sebab tak jaga makan. Tapi sebab dah jaga makan, aktiviti sihat, etc. Ingat Add Math?

2- Kalau sakit jumpa doktor, dapatkan rawatan... if nak cuba alternatif, tanya pendapat doktor dulu. Lagi2 kalau penyakit kronik. Nak makan suplemen pun, ubat jangan tak makan.

Nak makan suplemen jgn makan sebarangan, pilih betul2 yg ada kajian, terbukti berkesan (scientifically proven), jgn main ambik testimonial semata coz ramai je yg tipu testi.

Mudah-mudahan apa yg kita amalkan bg kebaikan kpd kita & org2 sekeliling kita.

Akacan,
iReach TravelPreneur

#copypaste
#credit to Lyna Noh
Thursday, June 01, 2017

KEISTIMEWAAN OSTEMATRIX YANG TAK ADA PADA KALSIUM LAIN

by , in
Semasa proses memasak segala nutrisi yang tersimpan dalam makanan musnah di sebabkan oleh haba yang tinggi. Sebab itu dengan hanya mengamalkan pengambilan sayuran dan susu setiap hari belum tentu keperluan kalsium mencukupi.Kerana itu kita memerlukan supplement tambahan bagi membantu tulang sihat dan kuat.Supplement terbaik untuk tulang adalah Ostematrix.

Apa itu Ostematrix?




Ostematrix adalah vitamin yang mengandungi kalsium.Ia juga mengandungi mineral lain seperti magnesium, vitamin D, baron, zink, kuprum dan vitamin K.Semua nutrien ini penting dan perlu ada dalam tablet kalsium bagi memastikan penyerapan 99% didalam badan.



Bagaimana Nutrien Ini Membantu Kesihatan Badan?

1.Kalsium


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi ia turut membantu menetapkan ritma/degupan jantung.Kalsium juga sangat penting dalam membantu mempertahankan fungsi sistem saraf dan otot serta buah pinggang.Selain itu juga Kalsium bantu mengurangkan kolestrol dalam darah.

2.Vitamin D


Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

3.Magnesium


Secara umumnya magnesium membantu atasi kekejangan dan keletihan otot. Magnesium dapat mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang di percayai menjadi punca sakit kepala dan migrain.Melegakan masalah sindrom PRA haid. Dengan ada nya magnesium ia dapat membantu vitamin D dalam penyerapan kalsium di dalam badan dengan lebih baik.


4.Boron, zink, Kuprum dan Vitamin K


Vitamin K akan mengikat mineral dan membentuk tulang.Boron pula membantu vitamin K bagi memelihara metabolisma tulang dan pertumbuhan otot.Zink dan kuprum membantu mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.


Kesan Kekurangan Kalsium



  1. Kerap sakit gigi
  2. Gusi berdarah
  3. Kejang otot
  4. Rambut kasar
  5. Tumit pecah/kasar
  6. Kuku rapuh
  7. Kebas kaki dan tangan
  8. Kulit kering



Kebaikan / Manfaat Ostematrix



  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (Tulang Rapuh)
  • Memulihkan kekejangan otot dan kebas kaki tangan
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Melegakan sakit ketika haid
  • Membantu masalah gastrik
  • Mengurangkan sakit belakang
  • Membantu melegakan sembelit
  • Melegakan sakit kepala



Golongan Yang Memerlukan Ostematrik



  • Ibu menyusu / mengandung
  • Mereka yang selalu letih
  • Mereka yang kurang tidur / susah tidur dan sukar untuk bangun pagi.
  • Wanita yang mengalami masalah PMS (Pra haid)
  • Mereka yang mengalami kekejangan otot dan kebas kaki tangan
  • Mereka yang alah dengan pengambilan bahan tenusu sepertu susu
  • Mereka yang kerap sakit kepala

Jika nak baca apa lagi manfaat Ostematrix boleh klik link di bawah ini:



Tak hairan lah kalau Ostematrix ni cepat benor sold out. Sapa nak order boleh hubungi 017.4997159 (Umie) dan anda akan dilayan bak puteri raja hihihi... okey korang Assalamualaikum.