Tuesday, November 24, 2015

6 TIPS MELANCONG BAGI IBU HAMIL SUPAYA SENTIASA CERIA

by , in
Assalamualaikum.

Siapa kata wanita hamil tak boleh menaiki kapal terbang? Kena duduk rumah diam-diam ja. Ramai sebenarnya yang takut untuk travel atau melancong ketika hamil. Tak kurang jugak yang terus batal tiket kapal terbang setelah disahkan hamil. Boleh sebenarnya jika kita tahu caranya dan selidik betul-betul. Jangan dengar cakap-cakap orang ja. Bagi yang baru nak plan bercuti tetapi isteri hamil ini saya ada 6 tip melancong bagi ibu hamil.


Di sini saya nak share 6 tip melancong bagi ibu hamil. Semoga membantu.

1. Periksa dengan syarikat pengangkutan

Kebanyakan syarikat pengangkutan awam tidak menggalakkan wanita hamil pada usia kandungan tertentu untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Oleh sebab itu, ibu hamil dan pasangan digalakkan terlebih dahulu memeriksa dengan syarikat terbabit sebelum keputusan melancong diputuskan.

2. Bawa nota kelas antenatal

Bagi yang ada menghadiri kelas antenatal jangan lupa bawak segala nota yang ada. Ini penting sebagai bantuan awal sebelum mendapatkan bantuan perubatan d tempat yang berhampiran dengan tempat yang dilawati. Bagi yang tak hadir kelas tersebut banyakkan membaca tips atau info berkenaan kehamilan supaya tidak panik jika terjadi seseuatu.

Nak tahu Set Kehamilan murah dan berbaloi? Klik Set Kehamilan Murah & Berbaloi

3. Jangan duduk terlalu lama

Pastikan ibu hamil sentiasa melakukan pergerakan ringkas walaupun terpaksa duduk dalam tempoh yang lama. Suami pulak kenalah sentiasa alert dengan keadaan isteri. Digalakkan memakai stoking khas sepanjang perjalanan bagi mengelakkan masuk angin.

Tak tahu apa patut buat bila ibu hamil selsema dan batuk? klik Tips Atasi Masalah Batuk Dan Selsema Ketika Hamil

4. Minum air yang mencukupi


Sangat digalakkan minum air yang mencukupi terutamanya tempat yang dikunjungi tu bersuhu tinggi. Bimbang berlaku penyahidratan pulak. Bawaklah air dalam botol sentiasa okay.

5. Kad Pemeriksaan kehamilan.

Jangan lupa bawak bersama kad pemeriksaan kehamilan ke mana sahaja destinasi yang dikunjungi agar ia boleh dijadikan sebagai rujukan untuk doktor yang memberi rawatan kecemasan sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidsk diingini.

6. Bawaklah Suplemen atau Vitamin bersesuaian

Digalakkan jugak bagi ibu hamil membawa bersama suplemen yang sesuai untuk kehamilan. Contohnya jika ibu hamil menghadapi masalah hb rendah sentiasalah bawak bersama tablet zat besi. Jika ibu mudah diserang selsema bawak bersama vitamin c.

Diharapkan kesemua tips yang saya kongsikan ini bermanfaat bagi ibu hamil dan pasangan. Saya doakan semoga percutian kalian dirahmati Allah dan selamat pergi dan kembali.

Selamat bercuti.




Sunday, November 22, 2015

BENTAN IGAUAN IBU SELEPAS BERSALIN SERTA CARA MENGELAKKANNYA

by , in
Assalamualaikum.

Bentan? Apa yang dikatakan bentan?Bagaimana nak kenal pasti dan apa yang perlu dilakukan jika berdepan dengan masalah ini?

Saya ingat lagi pengalaman pertama bersalin 2 tahun lepas. Selepas sebulan bersalin saya dah balik rumah dan berpantang sendiri. Ayah mertua kerap pesan jaga diri elok-elok. Jangan lupa pakai stokin. Bila berjalan hati-hati jangan sampai terlanggar benda sampai ibu jari berdarah. Bentan katanya. Dia pesan lagi hujung-hujung tempoh bersalin nak dekat 44 hari tu jangan ambil mudah. Waktu tu la macam-macam benda boleh terjadi. Alhamdulillah saya berjaya harungi saat-saat akhir berpantang dengan jayanya.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bentan ni maksudnya sakit semula setelah hampir sembuh selepas bersalin. Jangan buat main ada dalam kamus dewan tau hihihi..... Ini bermakna walaupun kita nampak hampir sihat tapi kalau kita culas nak jaga kesihatan elok-elok memang mudah sangat sakit semula. Pastikan berpantang betuk-betul supaya tak sakit semula.

Punca dan Cara Mengenal Tanda-tanda Bentan

  • Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras (macam ayah mertua saya cakap). Kemudian badan rasa seram sejuk macam nak pitam. Waktu ni badan kita masih lemah.
  • Lambat sembuh daripada sakit. Malah ada yang sampai berbulan-bulan masih tak sembuh lagi.

Jenis-jenis Bentan

Bentan ni ada tiga jenis. 

1. Bentan Urat

  • Badan rasa lemah,bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan walaupun siang dan seluruh otot rasa tegang dan kejang. 
  • Punca berlaku mungkin disebabkan ibu terlalu aktif atau terlalu lasak.

2. Bentan urat peranakan/ urat rahim

  • Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah.
  •  Boleh berlaku jika ibu mengangkat objek berat
  •  Boleh jugak disebabkan ibu jari tersepak benda keras atau terduduk kuat yang boleh menyebabkan  bentan urat peranakan.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas belakang.
  • Selalunya terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan.
  • Saya pernah kena...Memang sakit sangat-sangat. Sampai kan nak bangun pun tak boleh. Waktu tu   selepas 2 bulan bersalin. Sakitnya tak dapat saya nak gambarkan kat sini. Hanya Allah yang tahu.

Cara Penjagaan Diri Bagi Mengelakkan Terkena Bentan

1. Banyakkan rehat

  • Pastikan banyakkan rehat dan jangan terlalu aktif. 
  • Jangan angkat benda berat
  • Jangan berjalan terlalu laju atau terlalu banyak berjalan.
  • Elakkan terlanggar benda keras
  • Jangan terkena hujan langsung

2. Elakkan dari terkena jangkitan kuman

  • Jaga kesihatan badan dan diri terutamanya di bahagian sensitif. 
  • Jangkitan kuman di bahagian peranakan boleh merebak sehingga ke dalam organ lain seperti buah   pinggang. Akibatnya boleh menyebabkan organ tak berfungsi. Nauzubillah mintak dijauhkan Allah.

3. Pemakanan

  • Elakkan mengambil sayuran yang bersifat sejuk dan berangin ( seperti kangkung,kacang panjang,labu air, kubis, terung,nangka muda,jantung pisang) dan buah buahan yang masam (seperti buah mangga,limau dan lain-lain).
  • Lebihkan pengambilan air kosong
  • Makan makanan yang berkhasiat
  • Ambil lah supplemen untuk penjagaan dalaman badan

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat buat ibu-ibu yang sedang atau akan berpantang selepas ni. Saya pun ambil pengajaran dari pengalaman saya terkena bentan urat besar 2 tahun lepas. Kesilapan saya ialah terlalu aktif waktu awal masuk kerja dan berjalan terlalu laju. Bagi ibu- ibu ingatlah walaupun kita dah abis berpantang badan kita masih belum betul-betul kuat untuk aktif macam orang lain. Beringat sebelum kena lagi bermakna dari menginsafi setelah terjadi sesuatu perkara.

Bagi yang nak mencuba Set Berpantang Shaklee bolehla hubungi saya serta dapatkan konsultasi secara percuma. Saya dengan rela hati berkongsi dengan anda semua pengalaman dan kebaikan yang saya dah dapat dengan mengamalkan set berpantang Shaklee ni.

Selamat berpantang dan menyambut kelahiran zuriat baru pada kawan-kawan semua.

Wassalam

- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com
Saturday, November 21, 2015

8 TIPS ATASI KESAN REGANGAN KETIKA HAMIL

by , in
Bagi setiap ibu yang hamil pasti risau perut ada kesan regangan atau rekahan. Al maklumlah perut kita mengembang beberapa kali ganda saiz tubuh asal kita. So bila baby dah keluar memang akan menguncup la perut kita ni.

Hari ni saya nak share 8 panduan atasi kesan regangan ketika hamil. So ibu-ibu yang tengah hamil boleh la guna tips ni ya :).

1. Lembapkan tubuh badan. 

Losen pelembap sangat membantu untuk tujuan pencegahan kesan regangan ni. Tujuannya supaya mengelakkan kulit kita daripada menjadi kering dan merekah ketika hamil. Pilih lah pelembap yang bebas paraben atau bahan kimia berbahaya. Sebaiknya kalau dah nampak macam nak ada kesan regangan jangan culas untuk sapu losyen kat kawasan tersebut. Waktu paling baik nak sapu losyen adalah selepas mandi kerana badan kita dalam keadaan lembap.

2. Gunakan minyak alami. 

Minyak zaiton dan minyak kelapa boleh tanpa tambahan bahan kimia boleh dimanfaatkan untuk haluskan kulit dan mampu cegah dari mengalami kesan regangan. Sapu minyak kat kawasan tersebut lepas tu urut perlahan-lahan untuk beberapa minit. Kawasan yang patut bagi tumpuan lebih ialah perut,peha,punggung,payu dara dan lain-lain. Sebaiknya lakukan setiap malam sebelum tidur. Biarkan semalam.

3. Jaga berat badan. 

Kenaikan berat badan yang mendadak boleh menyebabkan kesan regangan yang teruk. Kenaikan berat badan normal ketika hamil adalah sekitar 12 kg sehingga 15 kg. So kawal lah berat badan sepanjang tempoh kehamilan hokay.

4. Minum air banyak. 

Tubuh yang mendapat bekalan air yang cukup berupaya menjaga keanjalan kulit dan dalam masa yang sama melawan kesan regangan daripada muncul. Untuk itu minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiao hari. Lagi banyak lagi bagus (jangan banyak sgt sudahlah ye hihihi)


5. Elakkan pengambilan kafein. 

Kafein kalau diambil berlebihan memang boleh buat kulit kita kering. Sebaik-baiknya berubahlah dengan meminum lebih banyak air kosong mahupun air mineral yanh dah terbukti mampu melembapkan kulit.

6. Amalkan makanan sihat. 

Amalkan banyak makan buah buahan, sayur sayuran bagi memastikan tubuh kita mendapat bekalan cecair yang cukup. Barulah badan kita tak cepat kering. Digalakkan jugak  untuk mengambil makanan yang banyak mengandungi vitamin A,C dan E.


7. Tetapkan rutin senaman. 

Yang ni mungkin ramai yang culas sebab dah kurang energi. Penting tau senaman yang teratur bagi melancarkan pengaliran darah dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Bila pengaliran darah lancar kesan regangan pun dapat diminimumkan. Tapi senaman tu biarlah yang ringan-ringan ja seperti berjalan kaki atau berenang.

8. Kurangkan tekanan emosi. 

Emosi yang stabil dapat mengurangkan pembentukan kesan regangan. So aplikasikan lah apa-apa jua teknik supaya emosi ibu-ibu semua sentiasa stabil supaya fikiran dan tubuh sama-sama tenang dan relaks.

Berminat nak cuba Set Kehamilan lengkap yang murah dah berbaloi? klik Set Kehamilan murah dan berbaloi


Semoga tips yang saya bagi ni bermanfaat kepada semua bakal-bakal ibu. Mana tahu kan berkesan dan takde regangan langsung. Ameen. Jika rasa  nak cuba supplemen set berpantang shaklee pilihan ramai masakini boleh la hubungi saya ya.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat


Friday, November 20, 2015

KENAPA ANAK-ANAK KITA PERLUKAN VITAMIN C YANG OPTIMUM?

by , in


Sesesetengah orang kata.... Anak-anak tak perlu supplemen sebab badan mereka masih muda, masih segar. Biar mereka dapat vitamin dari sumber asli.

Memang betul !!!!!

TAPI...... Cuba check pemakanan anak masing-masing.

Sehari berapa hidangan buah-buahan mereka makan?
Buah tu pulak buah tanam sendiri ke beli?
Kalau beli dari petani sebelah rumah ke atau import overseas?
Kalau korang nak tahu buah-buahan ni zat yang benar-benar bagus bila kita makan masa dia ranum dan baru dipetik. Mampu kah kita nak cari buah-buahan seperti itu selalu?

Buah yang dijual di kedai tu kebanyakannya dipetik masa masih muda....diperam....diawet...dan dipacking.. Barulah sampai kat kita.

Agak-agak apa yang tinggal dalam buah tu? Berapa peratus zat yang tinggal?

Pastu pasti ke setiap hidangan mereka lengkap dengan segala vitamin, mineral,makronutrien,phytonutrien dan lain-lain?

Sedangkan masa membesar ni mereka perlukan zat yang optimum bukan untuk membesar ja tapi untuk perkembangan minda yang sihat.

Kenapa Perlu Vitamin C?


  1. Vitamin C membina otot yang sihat. Anak-anak tengah lasak dan sedang membina otot-otot mereka. Otot yang sihat membina metabolisma yang sihat serta pembakaran lemak yang lebih baik.
  2. Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh. Anak-anak kita tengah melasak,terdedah dengan macam-macam. Mereka perlukan kekebalan tubuh supaya tak mudah diserang sakit terutama demam selsema. Bila anak asyik sakit, mak mdia jugak yang susah hati, betul tak?
  3. Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kanak-kanak perlukan zat besi yang cukup untuk membesar. Tanpa vitamin C, zat besi tak boleh diserap.
  4. Vitamin C membina kolagen. Tubuh kita ni boleh membina kolagen sendiri tetapi keupayaannya makin menurun bila usia meningkat. Sebab tu kita tengok kanak-kanak kulitnya tegang, dah tua berkedut sana sini. Kolagen dah tak dihasilkan.
  5. Vitamin C penting untuk penyembuhan luka. Kanak-kanak main jatuh,lebam sana sini. Nak kena cepat sembuh sebab diorang akan main lagi. So kenalah cepat sembuh.

Dan malang sekali anak kita bukan arnab yang boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Maka nak tak nak kita kenalah bekalkan diorang vitamin C yang optimum. Takkan lah mak ayah ja yang makan vitamin ye dak?

Tak Tahu Vitamin C Mana Yang Terbaik?


Chewable Vita - C Plus adalah pilihan terbaik untuk anak-anak yang sedang membesar. Kenapa vitamin C Chewable istimewa?

  • Chewable vita C Plus mengandungi 100mg vitamin C dan Rose Hips serta kompleks bioflavonoid.
  • Bioflavonoid dan Rose Hips bertindak meningkatkan fungsi vitamin C serta menghalang oksidasi vitamin C dalam tubuh
  • Dengan hanya mengunyah vitamin C air liur akan mudah memecahkan vitamin C untuk serapan di usus kecil. Jadi penyerapannya adalah optimum.
  • Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti oksidan tubuh.
  • Membantu menyokong intergriti sel-sel badan
  • Mengalakkan kesihatan mata,gigi,tulang,gusi,otot-otot salur darah.


So jangan berlengah-lengah lagi. Jom dapatkan sebotol vitamin C untuk anak-anak anda. 

HARGA HANYA RM51.25 UNTUK 90 BIJI

Jika ingin konsultasi dari saya pun boleh. Percuma sahaja. Jom tukar kudapan yang lebih berkhasiat untuk anak-anak kita :).

Anak saya pun suka Chewable Vita C >>>>> Selera Makan Naik Sejak Rajin Kunyah Vitamin C

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Wednesday, November 18, 2015

TIPS MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT PAM SUSU SUPAYA TAK PERLU BELI BARU

by , in

Assalamualaikum semua. Berdasarkan hasil pemerhatian saya kebanyakan keluarga merancang nak anak lebih dari seorang. Macam saya sendiri merancang nak sekurang-kurangnya 3 orang In Sha Allah dengan izin Allah. Dan makin ramai juga yang sedar kelebihan menyusu badan. 

Selalunya bagi ibu muda waktu anak pertama la kita sediakan bajet yang lebih untuk membeli pam susu yang tahan lasak supaya tak perlu beli baru jika berpeluang dapat baby lagi. So adakah sebarang tips memanjangkan jangka hayat pam susu supaya tak perlu beli baru? Ada....... jom scroll ke bawah lagi.....

Di sini saya nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu untuk memanjangkan hayat pam susu. Tipsnya seperti kat bawah ni:

  1. Elakkan Breastpump daripada terjatuh, lebih-lebuh lagi dari tempat tinggi. Sesetengah breastpump mempunyai komponen elektronik yang sangat sensitif. Sekali jatuh ja boleh menyebabkan ianya rosak dan gagal berfungsi seperti biasa. 
  2. Jangan biarkan susu daripada masuk ke dalam pam semasa puan2 mengepam. Jika ia berlaku cepat-cepat matikan pam dan dapatkan bantuan pusat servis atau technician berkelayakan untuk servis pam tersebut dengan secepat mungkin. Kalau lambat bertindak dikuatiri komponen dalam terus rosak.
  3. Elakkan overcharge bagi breastpum yang ada rechargeable battery seperti medela freestyle, Rumble Tuff dan lain-lain. Bila bateri dah full cepat-cepat disconnect dari suis. Kalau charge lama sangat boleh buat bateri cepat"kong".
  4.  Pastikan tubing benar-benar kering sebelum disimpan. Untuk cuci tubing, jika cuci guna air confirm akan berwap. Tapi takpe. Boleh je guna air. Lalukan air dalam tubing sampai ianya bersih, pasang tubing pada breastpump dan ON breastpump seketika sehingga wap air dalam tubing hilang. 
  5. Selepas setahun atau lebih penggunaan, tentu suction breastpump semakin kurang berbanding semasa pertama kali guna. Kalau rasa suction dah slow bawaklah gi servis untuk diperiksa.  (credit to : Mothers First Choice)


Semoga tips di atas bermanfaat buat ibu-ibu semua. Tak perlu lagi beli baru jika tambah anak lagi :)

P/S :
- Jika anda inginkan supplemen untuk penyusuan optimum klik di sini SET PENYUSUAN 3M
 - Inginkan tips menambahkan susu secara semulajadi? klik di sini TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN

Tuesday, November 17, 2015

CARA MAKAN GLA SHAKLEE UNTUK MUDAH HAMIL

by , in
Assalamualaikum.....


Bila kita mendirikan rumahtangga secara automatik mesti ada keinginan nak menambah zuriat keturunan sendiri. Lelaki ke perempuan belakang kira yang penting zuriat dari rahim sendiri. Anak pengikat hubungan suami isteri dan merapatkan kekeluargaan kedua-dua belah pihak.


Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah. Setiap dari kita diduga dengan dugaan yang berbeza-beza sesuai dengan kemampuan kita untuk menanggungnya. Tapi... kita tetap kena berusaha sedaya upaya kita dan berserah.

Vivix Pilihan Terbaik Untuk Betulkan Kitaran Haid dan Kesuburan


GLA Complex memang antara suplemen yang terkenal di kalangan mereka yang mengalami masalah kitaran haid tak menentu dan masalah kesuburan. Namun sebenarnya pilihan yang paling terbaik dan lebih menyeluruh ialah Vivix Shaklee. Ia adalah suplemen yang bersifat anti oksidan yang sangat tinggi dan membaiki masalah dalaman kita hingga ke tahap sel.


Testimoni Puan Nana yang berjaya hamil setelah mencuba Vivix Shaklee sebagai salah satu usaha beliau untuk mendapatkan cahayamata




Testimoni mengenai seorang pengguna di mana kitaran haid beliau kembali lancar setelah mencuba Vivix.


Alternatif lain bagi yang mempunyai bajet yang agak terhad ialah GLA Complex. Saya nak share sket ilmu baru tentang GLA Complex Shaklee. Ramai yang tahu kan GLA ni memang terkenal dengan supplemen untuk betulkan kitaran haid dan juga salah satu produk yang terdapat dalam set kesuburan. So mesti ramai yang nak tahu cara makan GLA Shaklee untuk mudah hamil. Yela beli sudah tetiba cara makan tak betul, kan ke naya jadinya.

Apapun harus diingatkan setiap orang ada cerita mereka yang tersendiri. Badan kita pun unik sangat dan tak sama dengan orang lain. Ada yang bila makan vitamin cepat benor berkesan. Ada yang amik masa yang lebih berbanding orang lain. Sebabnya kita tak tahu apa yang kurang di dalam badan kita. Suplemen bertindak mengisi kekurangan nutrisi dalam badan kita. Walau apapun jangan mudah putus asa. Jangan mengalah kalau dah abis sebotol GLA Complex masih belom hamil. Pastikan puan konsisten makan sehingga membuahkan hasil. Dan jangan lupa teruskan berdoa mintak pada yang Esa.

2 Rahsia Cara Makan GLA Complex Shaklee Untuk Mudah Hamil


Macam ni caranya ye. Ada 2 situasi cara makan GLA Shaklee

1- Period/Kitaran Haid teratur


Kira kitaran haid anda (kitaran haid berbeza bagi setiap individu)


Contohnya : 28 hari / 2 = 14 hari


Maka cara makannya ambil GLA Complex setiap hari dari hari pertama haid sehingga hari ke 14.


Cukup 14 hari stop amik GLA sehinggalah haid yang seterusnya. In case haid tak datang, sila la pergi beli pregnancy test dengan kadar yang segera. Manatau kot-kot ada isi kat dalam kan :).

2- Period/Kitaran Haid TIDAK Teratur


Amalkan mengambil GLA Complex SETIAP HARI SETIAP 8 JAM (3x sehari).


Ulang setiap hari sehinggalah puan pasti kitaran haid dah normal serta teratur.


Bila haid dah teratur follow cara makan nombor 1 di atas.




Jadi jangan lengah-lengah lagi. Cepat hubungi saya dengan segera di 017.4997159 (Umie) samada secara sms,whatsapp atau call. Penghantaran secara cod disediakan di sekitar Puchong, Putra Height dan juga Shah Alam. Anda juga boleh dapatkan supplement lain mengikut keperluan anda. Jika menginginkan konsultasi dari saya pun boleh. Percuma sahaja.  Saya sentiasa mementingkan service selepas pembelian yang terbaik.

Wednesday, November 11, 2015

TIPS AMALAN GAYA HIDUP SIHAT SUPAYA HIDUP SENTIASA SIHAT DAN BAHAGIA

by , in



Trend hidup masa kini semakin jarang menitikberatkan cara hidup sihat. Akibatnya semakin ramai yang Malaysia yang diserang penyakit di usia yang masih muda.

Hari ni saya nak kongsi sedikit tips amalan gaya hidup sihat yang patut diikuti. Jom baca tips berguna sebagai panduan kita semua.

  1. Mengurangkan mengambil makan tengah malam bagi mengelakkan peluang kanser perut - saya sendiri sedang berusaha buang tabiat buruk ni.
  2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu
  3. Elakkan makan punggung ayam yang boleh menyebabkan kanser perut.
  4. Jangan makan buah-buahan selepas makan - Buah-buahan patut diambil sebelum makan
  5. Jangan minum teh ketika haid - ramai yang tak tahu tentang hal ni.
  6. Jangan makan tomato ketika perut kosong
  7. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan bagi mengelakkan hempedu batu karang - Alhamdulillah sudah menjadi amalan
  8. Tidak makan 3 jam sebelum tidur
  9. Kurangkan minum teh tarik,tiada nutrisi dan boleh menyebabkan diabetes serta tekanan darah tinggi 
  10. Air lemon panas boleh membunuh sel kanser. Tambahkan dalam air panas dan amalkan setiap hari.
  11. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur - frekuensinya mampu mengganggu sistem dalaman badan kita ketika tidur
  12. Minum 10 gelas sehari atau bersamaan dengan 3 liter air bagi mencegah kanser pundi kencing - minum air yang cukup membantu penyerapan vitamin yang lebih optimum
  13. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik
  14. Selepas 5 petang kurangkan makan
  15. Kurangkan makan makanan yang berminyak - Boleh menyebabkan badan kita mudah letih.

Semoga tip-tip di atas boleh menjadi panduan bagi kita semua. Mana yang dah amalkan tahniah saya ucapkan. Pada yang belum masih tak terlambat untuk ubah cara hidup kita supaya lebih sihat.


Sekiranya ingin mencuba sebarang produk atau vitamin Shaklee bolehlah hubungi saya untuk order ya. Konsultasi adalah percuma dan perkhidmatan saya dijamin terbaik, sebelum, semasa dan selepas pembelian.


 Umi Kalsom Awang Hat (Umie)
Whatsapp >>>> 017 499 7159
COD – Puchong, Saujana Puchong, Saujana Putra
Pos Laju – Seluruh Malaysia


Monday, November 09, 2015

9 Petua Banyakkan Susu Ibu Secara 100% Semulajadi Supaya Stok Sentiasa Cukup

by , in

Assalamualaikum semua......

Apa khabar semua? Ibu-ibu yang sedang dalam proses menyusukan anak apa khabar? Semoga rakan-rakan seangkatan sentiasa bahagia dan tenang kerana susu lebih banyak dihasilkan jika mood si ibu sentiasa bahagia, berbunga-bunga dan penuh kesyukuran. SubhanaAllah......
Mungkin ada yang pernah baca tips banyakkan susu ibu secara 100% semulajadi sebelum ini. Takpe jom kita ulangkaji. Mungkin ada yang dah terlupa :).

Susu ibu yang banyak sentiasa menjadi keinginan atau dambaan setiap ibu yang ada bayi. Betul tak? So hari kita sama-sama berkongsi cara banyakkan susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.

  1. Daun bunga melur dan daun pucuk manis
    Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. Jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.
  2. Kacang tanah
    Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.
  3. Longan kering
    Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.
  4. Daun Sirih
    Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.
  5. Halba dan jintan hitam
    Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.
  6. Susu
    Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.
  7. Lobak putih
    Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.
  8. Nasi panas, halia muda dan air asam
    Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.
  9. Daun betik muda
    Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.

Tak semua petua kat atas ni serasi dengan badan ibu, jadi kita perlu 'try and error'. Walaubagaimana pun, jika kita hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, tapi konsep 'supply dan demand' tak dipenuhi, maka air susu tak akan memancut-mancut keluar. 

Paling penting susukan bayi sekerap mungkin, 2 jam sekali (bagi yang sentiasa bersama dengan bayi). Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin dan konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat, jika anda 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. Dan carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan penyusuan ibu.


Jika sedang mencari set supplement untuk menambahkan susu

Klik di sini >>>>>  Set Penyusuan Lengkap
Juga di sini >>>>> Set Menyusu Budget

Untuk Maklumat berkaitan penyusuan


Juga di sini >>>>> Tip Untuk Menambah Susu Badan

Sekiranya ingin mencuba sebarang produk atau vitamin Shaklee bolehlah hubungi saya untuk order ya. Konsultasi adalah percuma dan perkhidmatan saya dijamin terbaik, sebelum, semasa dan selepas pembelian.


 Umi Kalsom Awang Hat (Umie)
Whatsapp >>>> 017 499 7159
COD – Puchong, Saujana Puchong, Saujana Putra
Pos Laju – Seluruh Malaysia

Monday, November 09, 2015

VITAMIN C SHAKLEE BANTU BUAT KULIT LEBIH CANTIK DAN BERSERI-SERI

by , in
Assalamualaikum semua. Dah makan tengahri ke? Saya baru ja lepas menjamah nasi Beriyani. Alhamdulillah kenyang. Beli dekat Restoran Baseer kat Bandar Puteri. Bos belanja sebab ada safety audit tadi hihihi... Alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan? (smiley emoticon).

So disebabkan masa rehat ada lagi saya nak cerita sikit lah pasal Vitamin C yang tengah promosi kaw-kaw skang ni. Betul ke Vitamin C Shaklee bantu buat kulit lebih cantik dan berseri-seri?
Sebenarnya dah ramai yang cuba vitamin C Shaklee dan berpuas hati dengan hasilnya. Tapi diingatkan di sini ya nak dapatkan kesan yang optimum kenalah amik masa sekurang-kurangnya 6 bulan.

Kelebihan Vitamin C Shaklee


Vitamin  C atau lebih dikenali sebagai Shaklee Sustained Release Vita-C Plus menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Vitamin C merupakan vitamin larut air. Jadi dalam satu-satu masa badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi dengan formulasi "sustained release" kandungan vitamin c dalam badan dapt dikekalkan secara berterusan dalam badan. Ini lah antara kelebihan vitamin c shaklee berbanding jenama lain.

Selain itu, satu biji Vitamin C ni mampu membekalkan khasiat yang sama seperti makan 7 biji buah oren sekali dengan kulitnya. Mampukah kita makan 7 biji oren sekali dengan kulit setiap hari? tepuk dada tanya selera (smiley emoticon).  Dalam setiap tablet Vitamin C juga mengandungi 120g bioflavonoids yang diekstrak dari kulit buah untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita,melegakan inflamasi,menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Sebab-sebab Kenapa Kita Perlu Jadikan Vitamin C Sebagai Rutin Harian

  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri
  2. Tubuh kita kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan stress
  4. Bagi perokok pulak, kandungan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan

Bagaimana Vitamin C Shaklee Bantu Buat Kulit Lebih Cantik dan Berseri-seri?

  1. Vitamin C membantu membentuk kolagen secara semulajadi. Kolagen ni adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Sebab itulah ia mampu menghalang otot menjadi lembik dan sentiasa tegang.
  2. Vitamin C jugak memperbaiki simptom pendarahan. Jadinya bila vitamin cukup di dalam badan kita kulit akan jadi lebih segar,bermaya, tidak kering, tiada ruam dan kulit menjadi lebih lembut.
  3. Jangan tak tahu pengambilan vitamin C setiap hari jugak boleh menyekat pembentukan pigmen, buat kulit lebih cerah dan melambatkan penuaan. Kalau korang nak tahu pigmen ni antara penyebab muka kita nampak lebih tua, kusam dan tak berseri-seri.

Anda mungkin berminat untuk baca info ini:


Testimoni Mereka yang Berpuas Hati Setelah Mencuba Vitamin C







Untuk kesan yang lebih optimum sangat-sangat disarankan ambil bersama dengan Vitamin E, Vitamin B dan juga ESP.


Sekiranya ingin mencuba sebarang produk atau vitamin Shaklee bolehlah hubungi saya untuk order ya. Konsultasi adalah percuma dan perkhidmatan saya dijamin terbaik, sebelum, semasa dan selepas pembelian.

 Umi Kalsom Awang Hat (Umie)
Whatsapp >>>> 017 499 7159
COD – Puchong, Saujana Puchong, Saujana Putra
Pos Laju – Seluruh Malaysia


Sunday, November 01, 2015

5 Makanan Merah Untuk Jantung Sihat dan Tahan Lasak

by , in

Penyakit jantung boleh berlaku pada sesiapa saja tak kira muda atau tua. Lebih merisaukan ketika ni sebab makin ramai golongan muda yang diserang penyakit jantung. Makin parah kan?  Golongan muda sekarang ni mungkin sering abaikan tabiat pemakanan sihat sehingga mendedahkan diri sendiri kepada risiko serangan jantung.

Korang tau tak warna makanan yang kita ambil setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan jantung kita?  Haa.... tak tahu? Meh sini baca sampai habis ya. Kita kupas tajuk 5 Makanan Merah Untuk Jantung Sihat dan Tahan Lasak.

Sebenarnya pengambilan beberapa jenis buah dan sayur berwarna merah mampu menurunkan risiko terkena penyakit jantung sekurang-kurangnya 50%. Wow..... hebatkan? Makanan yang berwarna merah ( semulajadi okay buat guna bahan pewarna) dipercayai mengandungi nutrisi yang berupaya mengelak dari terkena penyakit jantung.

Tomato


Berdasarkan sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Harvard School of Public Health mendapati bahawa tomato mampu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung sehingga 50%. Kandungan bahan antioksidannya yang dikenali sebagai lycopene dikatakan baik untuk kesihatan. Pasni boleh lah amalkan makan tomato tiap-tiap hari ya hihihi... Bagi yang tak gemar makan tomato mentah-mentah boleh jugak peroleh tomato dari produk tomato yang dah diproses seperti sos dan lain-lain. Cuma peratusnya kurang la berbanding makan yang segar.

Raspberi


Sejenis bahan antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin di dalam raspberi dikatakan bagus untuk kesihatan jantung. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, 94,000 wanita mengatakan bahawa dengan mengambil raspberi berupaya menurunkan risiko terkena penyakit jantung sehingga 30%. Lagipun dalam raspberi banyak mengandungi vitamin c, mangan, potasium dan serat yang memang baik untuk jantung.

Ubi Bit Merah


Buah bit dan jus bit bagus untuk menurunkan paras darah sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Nitrat oksida yang terdapat di dalamnya mamou menenangkan pembuluh darah seterusnya menurunkan tekanan darah.

Kacang Merah


Kacang merah mengandungi bahan antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung. Di dalamnya terdapat sedikit saja lemak dan serat di samping kolestrol. Kacang merah ni dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah selain mencegah penyakit jantung.

Anggur Merah


Anggur merah mengandungi resveratol dan flavonoid yang mampu melindungi pembuluh darah seterusnya menurunkan tekanan darah dan kolestrol. Ia terbukti mampu mencegah risiko terkena penyakit jantung dan serangan jantung.

Bagi yang risaukan kesihatan dan nak pastikan kesihatan jantung dalam keadaan terbaik boleh la biasakan diri dengan mengambil makanan merah yang saya dah cerita tadi. Bagi yang selalu sibuk dan tak sempat nak sentiasa penuhkan peti sejuk dengan makanan merah boleh lah cuba Vivix iaitu tonik ajaib yang dah terkenal seantero alam. Kandungan vivix ni semulajadi yang mengandungi khasiat anggur hebat yang dihasilkan dengan penuh teliti  dan disokong dengan siri kajian makmal yang terperinci.

Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix klik di sini :



Semoga perkongsian saya ni memberi manfaat kepada semua. Jom pastikan jantung kita sentiasa sihat dan tahan lasak. Wassalam

Sekiranya ingin mencuba sebarang produk atau vitamin Shaklee bolehlah hubungi saya untuk order ya. Konsultasi adalah percuma dan perkhidmatan saya dijamin terbaik, sebelum, semasa dan selepas pembelian.

 Umi Kalsom Awang Hat (Umie)
Whatsapp >>>> 017 499 7159
COD – Puchong, Saujana Puchong, Saujana Putra
Pos Laju – Seluruh Malaysia