Saturday, October 31, 2015

Set Berpantang Premium Untuk Ibu dan Anak Paling Terbaik

by , in
Assalamualaikum…



Waktu berpantang memang sangat mencabar bagi setiap ibu tak kira lah untuk pertama kali atau kali kedua atau ketiga. Sebabnya cabarannya tak sama dan badan kita sangat penat mengandung selama 9 bulan. Proses melahirkan anak bergantung pada rezeki masing-masing. Ada yang berpeluang melahirkan secara normal ada yang terpaksa melalui proses pembedahan. Papun kedua-duanya melalui perjalanan yang penuh dengan berkat Ilahi.

Diri saya sendiri melalui proses melahirkan anak secara pembedahan. Cara penjagaan dan berpantang lebih ketat berbanding ibu bersalin normal. Set berpantang inilah yang banyak membantu saya kekal cergas, susu badan melimpah, dapat membuang tanpa kena sembelit dan nak bangun malam pun senang.

Semasa tempoh berpantang selama 44 hari banyak masalah yang selalu  ibu-ibu hadapi. Antaranya:
  1. Stress sangat sensitif
  2. Sembelit
  3. Susu badan kurang
  4. Luka jahitan lambat sembuh
  5. Demam dan badan sering seram sejuk
  6.  Muka lemah tak bermaya
  7.  Darah nifas tak keluar habis
  8. Bengkak susu
  9.  Pengambilan makanan yang agak terhad menyebabkan badan tak cukup nutrisi hingga menghilangkan tenaga badan dengan cepat
 Pengambilan Vitamin dapat membantu ibu berpantang dengan :

  1. Atasi masalah sembelit
  2.  Bantu luka sembuh dengan cepat
  3. Jadikan badan lebih bertenaga dan sihat
  4. Mengelakkan demam dan badan seram sejuk
  5. Meningkatkan system pertahanan melawan penyakit bagi anak dan ibu
  6.  Membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu badan
  7.  Mencantikkan kulit dan rambut
  8. Bantu ibu mendapatkan kembali berat badan ideal seperti sebelum mengandung


Boleh baca lanjut di sini:

Di sini jugak :

Ada lagi di sini:


Hari ini merupakan HARI TERAKHIR  tawaran berganda untuk set berpantang ini.

Whatsapp kami dengan segera bagi mengetahui lebih lanjut

Jadilah customer kami sekarang dan anda pasti dapat servis terbaik daripada kami


 Umi Kalsom Awang Hat (Umie)
Whatsapp >>>> 017 499 7159
COD – Puchong, Saujana Puchong,
Pos Laju – Seluruh Malaysia



Thursday, October 22, 2015

Pengedar Shaklee Puchong Yang Terbaik Dan Efisien

by , in
Assalamualaikum semua.....

Dah makan tengahari ke belum? Saya dah selamat menjamah hidangan tengahari. Alhamdulillah kenyang dah. Rehat ada lagi 20 minit. So curik masa la sikit untuk update belog ku yang tercinta ni.

Sebenarnya saya nak bagitau bahawasanya saya adalah pengedar shaklee di Puchong yang Terbaik. Saya sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda bagi sebarang pembelian produk shaklee yang memang thorbaikkkkk...

Pada yang sedang mencari-cari supplement shaklee tak payah lagi risau kerana saya akan membuat penghantaran ke depan pintu rumah anda yang berada di sekitar Puchong, Putra Height dan juga Saujana Putra.

Jangan segan-segan untuk menguhubungi saya bagi mendapatkan vitamin kesukaan ramai ini. Untuk pengetahuan semua promosi Vitamin E sedang berlangsung dan bakal habis tak lama lagi. Jadi jangan lepaskan peluang hebat ni.

SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!!!!


Kebaikan Vitamin E Complex 


  • Mengurangkan parut dan masalah jerawat
  • Mengawal masalah kulit berminyak
  • Membantu mengurangkan eyebag
  • Mengatasi masalah whiteheads & blackheads
  • Menggalakkan kulit & rambut menjadi sihat
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Mengatasi masalah jeragat
  • Sangat bagus dibuat sebagai masker
  • Melambatkan proses penuaan
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mengurangkan risiko penyakit nyanyuk/alzhiemer
  • Merapatkan hubungan suami isteri - vitamin cinta

Apa yang istimewa Vitamin E Shaklee ni???



Vitamin E Complex with GRAPE SEED EXTRACT! 

Kebaikan berganda kerana antara kebaikan grape seed extract ni adalah, 20kali lebih berkuasa daripada Vitamin E dan 50 kali lebih besar daripada Vitamin C.

Vitamin E adalah vitamin larut lemak. Selain itu ia juga tinggi antioksidan. Secara tidak langsung..jika anda mengamalkan pengambilan vitamin E secara konsisten ia akan melindungi kulit anda secara keseluruhan terutama dibahagian wajah agar tidak sunburn. Tidak tua sebelum usia. Ada ke yang nak tua sebelum usia??? Mesti tak nak kan?!

Amalan memakan vitamin E dan vitamin C secara konsisten adalah langkah dan usaha memberi perlindungan kepada kulit yang paling baik. Mengelakkan kulit mudah sunburn juga fungsi vitamin C itu sendiri akan menghasilkan kolagen pada wajah dimuka anda.

Vitamin E dan Vitamin C adalah padanan terbaik untuk kulit anda. Beli untuk mak ayah pun boleh tau. 


Jadi jangan lengah-lengah lagi. Cepat hubungi saya dengan segera. Anda juga boleh dapatkan supplement lain mengikut keperluan anda. Jika menginginkan konsultasi dari saya pun boleh. Percuma sahaja. tak ada GST hihihihi.... Saya sentiasa mementingkan service selepas pembelian yang terbaik.


Untuk keterangan lebih lanjut boleh klik link di bawah ini >>>>



Bagi yang berada di luar Puchong dan kawasan sekitar saya akan membuat penghantaran melalui pos laju. 


Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat

Saturday, October 17, 2015

Resepi Begedil Yang Mudah dan Cepat Untuk Surirumah Yang Sibuk

by , in
Assalamualaikum semua. Apa khabar korang pagi ni? Mesti best kan sebab cuti hehehe... Ye la penat keja seminggu hari ni mesti ramai yang bantai tidur puas-puas untuk hilangkan penat. Rehat puas-puas ya biar tenaga tu dicharge semula dengan jayanya. So bolehlah bekerja dengan riang gembira minggu depan kihkihkih.... 

Dah melalut pulak. Pantang pegang tetikus gini la jadinya. Sebenarnya saya nak cerita lah sejak 2 bulan lepas saya asyik dok plan nak buat begedil daging. Plan jela tapi tak jadi-jadi. Alhamdulillah semalam dengan jayanya saya berjaya jugak buat begedil daging yehuuu...... Akhirnya......

So hari ni saya nak share la resepi begedil yang mudah dan cepat untuk surirumah yang sibuk macam kita semua ni hihihi... Korang mesti buat tau. Sebabnya kalau ada lebihan boleh simpan dalam peti ais dan goreng bila terasa nak makan. Kan jimat masa macam tu kan.....

 Jom saya share bahan-bahan yang saya guna.

  • 3 biji kentang ( saya rebus dulu tak buang kulit pun)
  • 1 keping daging lembu cincang (saya pakai daging cincang brand Ramly)
  • Lada sulah secukup rasa
  • Kiub pati ikan bilis knor (agak-agak ja jangan terlebih takut masin sangat)
  • 1 genggam daun sup (potong halus-halus)
  • 1 biji telur
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-caranya :

1.  Kentang tu rebus terlebih dahulu sehingga empuk. Saya taknak goreng sebab nak elakkan penggunaan minyak yang berlebihan. Kejap lagi kan nak goreng lagi. Kolestrol tinggi pulak nanti. Kupas dan tumbuk kentang yang dah direbus.


2.Lenyekkan ubi kentang tadi dan campurkan dengan daun sup yang dah dipotong halus-halus.

3. Goreng daging cincang tadi dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Ini untuk pastikan daging tu masak terlebih dahulu. Takut liat sangat nanti. Toskan. (Terlupa amik gambar)



4. Gaulkan daging cincang dan kiub ikan bilis yang dah dileraikan ke dalam adunan tadi.

5. Gaulkan adunan tadi sehingga sebati dan kepalkan bulat dan leper.


Tara........ dah siap. Boleh la di makan begitu sahaja, dihidangkan dengan bihun sup atau apa-apa ja mengikut kesukaan anda.



Tips :
  • Jangan guna minyak masak sangat bagi mengelakkan begedil korang lembik atau menyerap minyak yang banyak.
  • Tunggu hingga kekuningan kat bahagian bawah sebelum korang goreng yang sebelah lagi.

Selamat mencuba kawan-kawan. Semoga korang dapat menambah menu baru minggu ni. Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Sunday, October 11, 2015

4 Kesilapan Tidur Yang Dilakukan Ibu Bapa Dan Bagaimana Mengatasinya

by , in


Menidurkan anak pada setiap malam adalah cabaran terbesar bagi ibu bapa. Malah ada kanak-kanak yang tidur lewat sehingga pukul 2 pagi kerana terlalu leka bermain. Ibu bapa dah pening kepala tak tahu nak buat macam mana lagi untuk membiasakan anak tidur pada waktu yang secukupnya. Korang macam mana? Senang tak tidurkan anak setiap malam?

Maklumlah bagi yang bekerja macam saya ni. Waktu malam la masa yang ada untuk bermain dengan anak. Kadang-kadang kita berharap dia akan menjadi letih dan mudah tertidur. So bagi mengurangkan keresahan ibu-ibu bapak-bapak bagi ni saya nak kongsi la 6 kesilapan tidur yang dilakukan ibu-bapa dan bagaimana mengatasinya. Jom kita buat spot check kot-kot kita dah selalu buat silap macam ni tiap-tiap malam.

Kesilapan 1 : Membiarkan anak tidur terlalu lewat

Saya percaya ramai ibu-bapa kat luar sana yang percaya anak kecil kita akan mudah tidur setelah penat main kan? So kita biarkan diorang main dan berjaga sampai larut malam. Salah tu....... Yang sebenarnya bila bayi atau anak kecil letih, lebih susah untuk mereka terus tidur. Mereka akan lebih cenderung untuk bangun awal jika tidur lambat daripada tidur pada waktu yang munasabah.

Lagi bagus kalau kita tetapkan waktu tidur dan kita ikut jadual tersebut. Takyah tunggu sampai anak gosok-gosok mata baru nak tidurkan mereka. Percayalah mereka ni boleh dilatih dan diasuh mengikut acuan kita sebagai mak ayah.

Kesilapan 2 : Bergantung Kepada Pergerakan

Pernah tak korang tarik nafas lega bila tengok anak tertidur kat car seat atau tertidur kat atas bahu kita? Ada tak sapa-sapa yang tiapkali nak tidurkan anak mesti kena dukung bawak pusing keliling rumah baru boleh tidur? 

Jangan jadikan pergerakan tu wajib untuk tidurkan anak. Jangan jadikan rutin harian ya. Sesekali bila anak meragam tu takpela okay. Kesian pulak kalau tak dilayankan. Macam saya paling lambat pukul 11 malam (patutnya pukul 10 hihihi...) mesti ajak anak masuk tidur. Cakap kat dia jom kita tidur. Selalu anak saya akan ikut masuk bilik tanpa banyak bebel dan tutup pintu. Alhamdulillah setakat ni anak saya dah makin faham bila pukul 11 malam ja dia mesti tidur.

Kesilapan 3 : Terlalu Banyak Mainan Bergantung Kat Tempat Tidur

Ada kebanyakan ibu-bapa masa kini suka sangat gantung macam-macam kat katil atau buaian anak. Mungkin ramai yang beranggapan mainan yang berputar, bunyi-bunyian dan cahaya boleh buat bayi kita ralit dan tertidur dengan sendirinya. Sebenarnya semua tu boleh mengganggu anak kita untuk tidur nenyak. Yela mata diorang akan asyik tengok berkelip-kelip kat mainan tu.

Adalah lebih baik jika bayi ditidurkan dalam bilik yang betul-betul gelap. Jangan risau bayi belum pandai untuk merasa takut pada suasana yang gelap. Bagi yang beragama Islam boleh la pasang alunan ayat Al-Quran sederhana perlahan sepanjang malam. Bunyi bacaan ayat suci akan meneggelamkan bunyi-bunyi lain dari seluruh rumah atau luar.

Bagi anak yang dah besar sket bolehla hidupkan lampu tidur yang agak suram untuk menenangkan dia daripada ketakutan. Jangan biarkan anak-anak tidur sewaktu menonton televisyen. Kualiti tidurnya terjejas jika tidur dalam keadaan terganggu.

Kesilapan 4 : Tidak Mematuhi Rutin Waktu Tidur

Ketika anak kita masih bayi mungkin kita rasa rutin yang terdiri daripada mandi, baca buku cerita dan lagu belum diperlukan. Bila anak semakin meningkat usia, kita mungkin meraskaan dah terlalu tua untuk rutin tidur. Ataupun kita yang takdak mood untuk teruskannya.

Sesungguhnya adakan satu aktiviti rutin sebelum tidur sangat menyenangkan jiwa anak kita dan memudahkan dia untuk tidur. Tak boleh lah kita harapkan bawak ja anak masuk bilik terus dia tidur. Betul tak? Macam anak saya selalunya saya akan bergurau dengan dia lebih kurang lima minit macam tu sebelum dia betul-betul tidur. Sebabnya saya nak dia tidur dalam keadaan gembira. Supaya tidurnya di ulit mimpi indah gitu. Ala kita sebagai orang dewasa pun seronok dan nyenyak tidur jika mood dalam keadaan terbaik sebelum tidur kan?

Semoga sedikit tips dari saya ni dapat membantu ibu-ibu yang sedang mengalami masalah dalam menidurkan anak-anak setiap malam.

Wassalam.

Bagi yang berminat untuk mencuba sebarang vitamin atau produk Shaklee bolehla hubungi saya.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page : Kekal Sihat SelaluKekal Sihat Selalu