Monday, July 13, 2015

TIPS MENGEMAS ALMARI BAJU SUPAYA SUAMI MUDAH AMBIL BAJU SENDIRI

by , in



Assalamualaikum dan selamat petang semua....

Masak menu apa untuk berbuka petang nanti? Saya dah set nak masak ayam masak merah, sayur kobis, telur goreng campur cheese, sardin roll dan jus tembikai....Mak ai selera besar sikit hari ni hihihihi...

Disebabkan masih ada sengkang masa sementara nak bersilat kat dapur saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua sedikit tips mengemas almari baju supaya suami mudah ambil baju sendiri. Ha... nak tahu kenapa saya cakap supaya suami mudah ambil sendiri? Sebabnya kebanyakan suami ayat dia gini... Yunk baju abang yang kaler biru tu letak mana ye? Sayang seluar jeans abang yang terkoyak kat lutut tu kat mana sayang letak? Hahahaha...betul tak?

Takdelah istimewa sangat tips saya ni..Tapi saya rasa ada ramai lagi yang menghadapi masalah yang seperti saya cakap tadi. So diharapkan lepas ni isteri-isteri,kakak-kakak praktis tips ini dapatlah tarik nafas lega sebab anak-anak dan suami dah pandai ambil pakaian sendiri. Cumanya awal-awal ni kena perhatikan lah waktu diorang ambil supaya tak berselerak. Praktis make perfect kan?


Nak tahu pencuci pinggan yang bebas bahan kimia dan menjimatkan? Klik di  sini 


Tips Mengemas Almari Baju Supaya Suami Mudah Ambil Baju Sendiri


1. Keluarkan semua baju-baju - jangan tinggalkan langsung baju dalam almari okay

2. Asingkan antara T-Shirt berkolar,T-Shirt tidak berkolar,baju kurung,baju melayu,jubah,kain batik,kain pelekat,seluar jeans,seluar cotton,seluar pendek dan pakaian-pakaian dalam.

3. Bersihkan dan buang habuk-habuk dalam almari. 

4.Alaskan dengan suratkhabar sebagai pelapik dalam almari untuk tujuan bau-bau yang tak menyenangkan akan diserap

5. Untuk baju kurung,baju melayu,kemeja dan T-Shirt berkolar gantungkan dengan hangar yang sama saiz ketebalan - Kalau boleh cari hangar warna hitam macam kat butik-butik jual pakaian. Bagi baju kurung dan baju melayu pastikan kain dan seluar dilipat dua dan digantung tanpa dilipat di 
sebelah luar hangar.

6. Untuk baju jubah, T-Shirt tak berkolar, kain-kain batik,kain-kain pelekat,seluar jeans,slack dan seluar pendek dilipat dengan rapi. Takyah hangar okay. Rugi ruang.

7. Susun baju-baju yang di gantung ikut labuh baju dengan rapi.

8.Susun baju-baju serta seluar yang dilipat ikut size yang besar di bahagian bawah dengan teratur seperti susunan buku. Nanti senang nak ambil jika ikut cara ni. 

9. Bagi pakaian dalam pula lipat dan susun dalam drawer.

10. Untuk tudung pula boleh lipat di dalam drawer atau digantung dengan hangar tudung yang sesuai

11. Akhir sekali letakkan sabun wangi jenis buku di dalam setiap ruang pakaian untuk mewangikan almari baju anda,


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jom sama-sama kita pupuk budaya 5S di rumah kita :). Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya untuk semua muslimin dan selamat bercuti untuk yang bukan beragama Islam.

Wassalam......


P/S : Banyak lagi tip-tip menarik yang saya akan kongsikan dengan semua. Tunggu !!!!!!!


Kredit : Kak Artie Hayati

Saturday, July 11, 2015

TIPS AGAR PETI AIS BERBAU WANGI DAN BERSIH SELALU

by , in


Assalamualaikum semua.....

Lagi beberapa hari ja lai kita nak sambut hari raya aidilfitri. Rasanya dalam minggu ni mak-mak, isteri-isteri pakat dok tungkus lumus bersihkan rumah, buat kuih raya. Ada jugak yang gunakan minggu terakhir untuk beli baju raya untuk anak-anak kan? Macam saya awal-awal lagi dah beli baju raya untuk diri sendiri, suami dan anak. Malas nak bersesak bulan puasa ni hihihihi....

Sempena semua tengah dok ada mood mengemas dan mencantikkan rumah saya nak kongsi sedikit tips untuk bersihkan peti ais...Haa... mesti ramai dok pikir " Ala bukan ada orang nak godek-godek peti ais aku pun? kan...... hahahaha... Sebenarnya penting peti ais kita bersih dan wangi tau. Antaranya mestilah sebab kena titikberatkan kebersihan. Ye dak? Yang kedua bangkitkan mood kita supaya rajin memasak. Bayangkan kita bukak peti ais bau wangi, nyaman ja... Mesti mood memasak terus berdesup mai kat kita kan?

Ok2. Takmau melalut dah. Sebenarnya saya amik tips ni dengan izin dari Kak Artie Haryati. Tips yang dia kongsi sangat sempoi dan simple. Tengkiu kak saya panjangkan pahala akak ye hihihi... Ni dia tips agar peti ais berbau wangi dan bersih selalu.

Tips Agar Peti Ais Berbau Wangi dan Bersih Selalu


1. Tutup suis peti ais.
2. Keluarkan semua barang-barang dalam peti ais.
3. Basahkan tuala dan lap serta bersihkan bahagian setiap sudut dalam peti ais.
4. Biarkan seketika dan tunggu sehingga kering.
5. Setelah kering letakkan esen vanila pada tuala tadi.
6. Sapukan dan lap keseluruhan ruang sudut dalam peti ais.
7. Setelah selesai on semula suis peti sejuk
8. Tutup pintu pejuk selama 30 minit.
9. Selepas 30 minit masukkan kesemua barang tadi semula.
10.Akhir sekali ambil seuncang serbuk teh dan letakkan di dalam peti ais.

Selamat mencuba kawan-kawan. Semoga suami dan anak-anak bukak peti ais tercium bau wangi dan terus puji uools....

Banyak lagi tips akan menyusul selepas ini. Selamat berpuasa dan selamat menyambut lebaran.

Friday, July 10, 2015

DISH WASH SHAKLEE PENCUCI PINGGAN YANG SELAMAT SERTA LEMBUT PADA TANGAN

by , in
Assalamualaikum semua.

Salam pagi jumaat. Hari yang indah di pagi yag indah. Memang bersyukur masih lagi bernafas di pagi ini. Hari saya nak share sikit tentang pencuci pinggan yang selamat serta lembut pada tangan.

Saya tahu memang berlambak sangat pencuci pinggan di pasaran. Botol kecik ada botol besar pun ada. Ada yang wangi perisa oren la perisa strawberry la. Persoalannya tahu kah kita betapa banyak bahan kimia yang ada dalam setiap botol? Sejauh manakah bahan kimia ini selamat pada badan kita? Yakin kah kita pinggan mangkuk yang kita cuci bersih tu tak terkesan dengan bahan kimia yang ada dalam bahan pencuci pinggan?

Sebabkan faktor-faktor di atas lah saya mengambil keputusan untuk memilih Get Clean Dish Wash Shaklee pencuci pinggan yang selamat serta lembut pada tangan. Kenapa saya suka sangat dish wash ni? apa yang istimewa sangat?


Get Clean Dish Wash ni ada keistimewaannya :



  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • tahan lama kerana kepekatannya
  • menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Magik. Guna beberapa titisan sahaja dapat cuci timbunan pinggan mangkuk bertingket-tingket dalam sinki.

Tahukah Anda ?


Kebanyakan pencuci pinggan mengandungi surfaktan yang berasaskan petroluem dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan Sodium dedecylbenzensulfonate. kedua-duanya boleh merengsakan kulit dan mata.

Macam Puan Salwa ni memang dari dulu dia guna Dish Wash Shaklee pencuci pinggan yang selamat serta lembut pada tangan. Memang dia sangat-sangat rekemen setiap surirumah bertukar kepada pencuci pinggan yang mesra alam dan selamat pada tangan.



Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat from iReach HD on Vimeo.


Masih tak yakin lagi dengan Dish Wash Shaklee ?

Kelebihan dan Perbezaan Shaklee Berbanding Jenama Lain



Selamat


  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergik ( tidak menyebabkan alergik)
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan

  • Sangat berkesan untuk tanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekat. pakai sikit ja sudah cukup untuk basuh pinggan yang banyak
  • Buih sabun memang tahan lama

Mesra Alam

  • Ramuannya semulajadi diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fostat
  • Botol boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Hebat kan? Saya memang yakin dan percaya dengan setiap produk shaklee. Memang tak ragu-ragu pun.



So tak payah fikir-fikir lagi. Setiap botol cuma berharga RM30 SAHAJA. Sekiranya berminat bolehlah hubungi saya tanpa ragu-ragu okay...


Wednesday, July 08, 2015

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PEROKOK SUPAYA BERJAYA BERHENTI MEROKOK

by , in
Umum dah tahu betapa bahayanya merokok kepada perokok dan jugak orang di sekeliling yang menghidu asap rokok. Paling buruk jika asap rokok didedahkan kepada ibu-ibu hamil , kanak-kanak dan jugak orang tua.

Teringat kisah cerita kawan saya. Ketika hamil suami kawan saya suka merokok dalam kereta bila dia pun ada bersama. Apa yang kawan saya buat adalah buka tingkap luas-luas. Konon-kononnya asap tu terus keluar tak singgah ke saluran pernafasan kawan saya ni. Kadang-kadang dalam rumah ada jugak suami dia merokok. Biasa-biasalah kalau kat rumah aliran pengudaraan tak berapa baik.


Tahu apa jadi pada kawan saya? Dia mengalami batuk yang berpanjangan. Nak dekat sebulan lebih asyik batuk ja. Waktu kandungan cecah 7 bulan lebih kawan saya admit hospital sebab bleeding dan batuk yang lama. Doktor bagitau kawan saya dah terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Syukur Alhamdulillah dapat detect awal. Kalau lambat kemungkinan besar bayi kawan saya akan dilahirkan bersama-sama penyakit akibat dari asap rokok. Bermula dari saat itu si suami terus insaf tak lagi merokok di dalam kereta atau rumah.  Itu baru sikit ja kesan dari asap rokok. Macam mana dengan dalaman kita pulak? Jantung kita,paru-paru dan sistem pertahanan badan kita.

KESAN BURUK ROKOK KEPADA PEROKOK DAN ORANG SEKELILING


Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 

Antara kesan buruk merokok kepada perokok dan orang di sekeliling :

Merosakkan paru-paru serta boleh menyebabkan berlakunya kanser paru-paru



Menyebabkan kelahiran bayi pramatang,kanser mulut,keguguran janin dan penyakit gangren



Menyebabkan kerosakan otak


Menyebabkan Serangan jantung akibat tekanan darah tinggi


Menyebabkan mati pucuk dan nafsu seks menjadi lemah





Banyak kan kesan buruk yang perokok dan insan tersayang di sekeliling perokok. Memang betul orang cakap nak berhenti merokok tak semudah itu. Semuanya kena bermula dari hati dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak tahu bagaimana vivix shaklee membantu perokok supaya berjaya berhenti merokok?

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PEROKOK SUPAYA BERJAYA BERHENTI MEROKOK


Supplement yang sesuai untuk mengurangkan keinginan merokok adalah supplement yang mengandungi sumber anti-oksidan yang tinggi. Ini kerana terdapat kajian para ilmuan daripada University of Rochester yang mendapati bahawa antioksidan mempunyai potensi untuk memperbaiki kerosakan sel dan melawan radikal bebas akibat kesan nikotin.

Untuk testimoni Vivix yang ohseme klik di sini 



Ramuan yang terdapat di dalam Vivix adalah 10 kali ganda lebih hebat dari reservatrol.

✔ Antioksidan yang tinggi dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok.
✔ Diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok disamping mengurangkan ketagihan nikotin
✔ Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.
✔ Antioksidan membantu melindungi dan memperbaiki semula DNA yang telah terjejas akibat nikotin


Pengambilan vivix satu sudu sehari mampu membuatkan si perokok mampu berhenti merokok secara berperingkat dan lebih selamat. Apapun diingatkan jugak dalam proses nak berhenti merokok anda mungkin mengalami simptom-simptom seperti berikut :


  • Depresi atau perasaan sedih,putus asa atau rendah diri mungkin dialami. Dalam keadaan sebegini, seseorang mesti dijauhkan dari lingkungan perokok dan perlu diberikan sokongan positif.
  • Pemarah. Sangat ini mungkin akan muncul perasaan mudah marah.
  • Perubahan mood yang tidak tentu pasal.
  • Tidak sedap badan
  • Usus meragam
  • Berpeluh dingin dan tangan menggeletar
  • Nafsu makan meningkat
  • Mengalami masalah kulit

Sokongan keluarga sangat-sangat penting untuk membantu pasangan supaya berjaya berhenti merokok sepenuhnya.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba vivix tonik ajaib ni jangan segan-segan untuk hubungi saya. Konsultasi adalah percuma. 


PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1 & BELI 2 DISKAUN 5% 

HANYA BERLANGSUNG BULAN INI SAHAJA.

JANGAN LEPASKAN PELUANG HEBAT INI !!!



Sunday, July 05, 2015

TIPS ELAK KEJANG KAKI SEWAKTU HAMIL HINGGA SUSAH TIDUR MALAM

by , in





Kejang kaki adalah adalah masalah biasa yang hampir semua alami sewaktu hamil. Betul tak? Saya dulu pun kerap kejang kaki atau ada yang panggil simpul biawak pada trimester kedua dan ketiga. Memang menyakitkan dan mengganggu tidur.

Lagi kerap jadi tambah-tambah kerap waktu cuaca sejuk atau hujan. MasyaAllah rasa nak menjerit kuat-kuat sebab gak tahan sakit. Korang ada tak perasaan macam saya ni? Hover sket kot hahahaha....


Mengapa Ibu Hamil Selalu Kejang Kaki Waktu Malam


Kejang kaki ni memang masalah biasa semasa hamil. Selalunya serang waktyu kita dah masuk trimester kedua dan ketiga. Puncanya terjadi kejang kaki disebabkan  asid yang berkumpul  dalam serat otot yang membuatkan otot kita menjadi tegang

Antara teori mengapa kejang kaki sewaktu hamil sehingga susah tidur malam :

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ni jadi sebab bayi dah serap kalsium yang ada pada ibu hamil. Trimester kedua kan waktunya perkembangan pesat bayi untuk bentuk otot, tulang2 bayi. Kalau dah semua bayi ambil apa yang tinggal untuk kita?
  • Uterus (rahim) kita semakin membesar sehingga bagi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki kita. Hormon kehamilan pun boleh beri kesan kepada otot kaki kita. Senang citer rahim makin besar kaki kita normal ja kan? So ini yang bagi impak besar kat kaki untuk tampung tumbesaran rahim/badan kita.
  • Aktiviti seharian yang padat dan memenatkan pun boleh menyumbang kepada kejang kaki. Contohnya duduk atau berdiri terlalu lama buat kaki penat dan otot mudah kejang.

Bagaimanakah Cara Untuk Melegakan Kejang Kaki?


Kejang kaki boleh diatasi In Sha Allah. Bila kejang kaki terjadi buat seperti di bawah :

  • Buat regangan. Mulakan dengan tegakkan kaki. Pastu gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula memang sakit tapi lepas tu rasa sakit akan hilang perlahan-lahan.
  • Mintak suami urutkan otot yang kejang dengan minyak panas. Memang lagi cepat lega sebab tenaga lelaki kuat bila mengurut hihi... Ini Kebenaran tau.
  • Bangun dan jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan tu hilang perlahan-lahan.

Bagaimanakah Cara Boleh Mengelakkan Kejang Kaki Dari Berlaku?


Ada banyak cara boleh kita lakukan untuk mengelakkan dari berlakunya kejang kaki. Antaranya :

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tapak tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap kat dinding. Tahan lima saat. Ulang senaman ni tiga kali sehari selama lima minit terutama sekali sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke atas ke bawah dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua kaki. Pastu ulang dengan bengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali jugak.
  • Elakkan tidur dengan jari-jari menghala ke bawah. Boleh elak darah beku berkumpul kat jari-jari.
  • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama dengan kaki bersilang. Dinasihatkan take 5 (rehat 5 minit)
  • Mandi dengan air suam sebelum tidur. Memang segar adan dan mudah tidur dengan nyenyak.
  • Minum air masak dengan secukupnya. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Ambil suplemen kalsium secukupnya. Pilihlah kalsium seperti Ostematrik (Untuk maklumat lanjut klik di SINI)
  • Jaga pemakanan dan pastikan pengambilan nutrisi kehamilan sentiasa dijaga dengan baik.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat sila lah kongsi dengan kawan-kawan yang sedang mengalami masalah kejang kaki.


Friday, July 03, 2015

9 TIPS ELAK URAT KAKI TIMBUL SUPAYA SUAMI SENTIASA SAYANG

by , in


Bagi sesetengah wanita kecantikan yang dititikberatkan hanya lah pada wajah semata-mata. Make up selalu tebal dan putih ja selalu. Yang lain jatuh nombor dua. Ada jugak yang memang tip top bila keluar rumah. Tapi bila kat rumah? Wallahualam.....

Sebenarnya sebagai wanita dan lebih tepat lagi isteri paling penting kena sentiasa jaga penampilan dan kecantikan diri untuk suami tercinta. Sapa nak suami asyik jeling-jeling wanita lain kan? Panas hati kita sebagai isteri kan? Mula lah cemburu kan? betul tak?

Topik yang saya nak cerita hari ni ialah tentang 9 tips elak urat kaki timbul supaya suami sentiasa sayang. Haaa.... Berminat nak tahu? jom terjah di bawah.......

Sebenarnya sebagai wanita tambah-tambah lagi yang dah bersalin. Tak kisah lah anak baru seorang atau dah satu geng bola sepak hihihi... Masalah urat kaki timnul ni sentiasa merunsingkan hati setiap wanita tambah-tambah yang bergelar isteri.

KENALI PUNCA 


Ada banyak faktor yang menyebabkan urat kaki timbul. Antaranya duduk atau berdiri terlalu lama menyebabkan otot dan urat menjadi tegang. 
Pertambahan berat badan juga boleh jadi antara sebab kepada timbulnya urat-urat yang tidak diingini kat kaki kita. Uhuhu... memang stress kan bila tengok kaki kita tak secantik Nora Danish...
Yang ketiga faktor usia jugak menyumbang kepada masalah urat timbul. Umur makin meningkat mulalah semua nak memunculkan diri. Yang keempat keturunan. Macam keluarga saya memang semua jenis urat nak interprem. Takmau dok dalam elok-elok ahaha... Yang kelima ialah apabila berlaku kehamilan semua urat-urat akan muncul dengan riangnya.

Kaki dah putih mulus tiba-tiba urat pulak berselirat sana sini. Aargh...... stresss......

Jangan stress jom saya kongsi 9 tips elak urat timbul supaya suami sentiasa sayang. zassss....


9 TIPS ELAK URAT TIMBUL DI KAKI


Tinggikan kedudukan kaki


Ketika tidur malam,tinggikan kedudukan kaki, Lapik kaki dengan bantal. Sangat-sangat membantu buat kita rasa selesa sebab aliran darah kita berjalan dengan lancar. Waktu hamil dulu saya kerap buat macam ni bila rasa tak selesa. Memang nyenyak ja tidur. Cubalah.


Rendam Kaki Dalam Air Suam


Rendam kaki dalam baldi atau besen yang mengandungi air garam. Nak lagi bagus isi dengan garam bukit. Rendam kaki dalam 15 hingga 20 minit. Rendaman ini membantu merehatkan kaki yang letih,membuang toksin,meredakan tekanan dan membantu melancarkan perjalanan darah.


Gunakan Stoking Khas


Ketika tidur malam atau berada dalam bilik penghawa dingin,gunakan stoking khas untuk melindungi kaki dan mengelakkan kesejukan. Stoking jugak dapat bantu mengelakkan angin dari masuk tubuh kita. AMARAN : JANGAN PAKAI STOKING KETAT SANGAT OKAY.


Lakukan Senaman Ringan


Baik ketika duduk atau berdiri biasakan diri buat senaman ringan ala-ala regangan gitu. So takde la darah beku berkumpul, lenguh-lenguh pun tak sempat nak serang dan kejang otot pun dapat dielakkan. Lagipun senaman kan bagus untuk kesihatan. Tak gitu? ( pesanan pada diri sendiri yang malas bersenam hihihi...)

Elakkan Pakai Kasut Tumit Tinggi


Memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan urat kaki tegang dan timbul. Puncanya tumit kasut yang halus bagi beban pada kaki untuk menampung berat badan. Akibatnya kaki jadi urat mudah timbul.

Sapu Minyak Panas


Sebelum tidur sapukan minyak panas atau herba pada bahagian kaki yang sakit atau urat timbul. Kombinasi herba akan membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.


Petua Tradisional


Belah bawang putih kepada dua bahagian kemudian gosok perlahan-lahan pada urat yang timbul. Amalkan sehingga urat yang timbul beransur pulih. Tempek ja bahagian yang bermasalah dengan air asam jawa yang boleh membantu atasi masalah urat timbul.

Lakukan Urutan


Urutan dapat membantu mengatasi masalah urat kaki timbul. Sebaik-baiknya lakukan urutan refleksologi dengan tukang urut profesional. Jika cukup bajet boleh diamalkan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Hasilnya memang wow hihi...

Makan Vitamin C


Ambil vitamin C sebagai suplemen harian. Vitamin C amat mujarab untuk mengatasi masalah uat kaki timbul.  Selain itu disarankan makan buah buahan sitrus seperti limau,kasturi dan lemon.


Untuk keterangan lanjut tentang vitamin c terbaik yang patut anda pilih klik di SINI


Semoga perkongsian saya ni dapat membantu isteri-isteri wanita-wanita yang buntu dan tak tahu tips2 elak urat kaki timbul. Amal jangan tak amal ye. 

Wassalam


Kredit : Mingguan Wanita Edisi 5 Mac 2015